Kebaikan Halba, Biji Halba dan Halba Campur Sebagai Pencegah Diabetes

您所在的位置:网站首页 cmpur Kebaikan Halba, Biji Halba dan Halba Campur Sebagai Pencegah Diabetes

Kebaikan Halba, Biji Halba dan Halba Campur Sebagai Pencegah Diabetes

#Kebaikan Halba, Biji Halba dan Halba Campur Sebagai Pencegah Diabetes| 来源: 网络整理| 查看: 265

Tahukah anda banyak kebaikan halba pada kesihatan tubuh badan. Dalam Masyarakat di Malaysia, biji halba dan halba campur dijadikan sebagai bahan masakan. Mesti kita pernah menikmati hidangan pengat pisang pada waktu petang. Kadang-kadang ramuannya juga mengandungi halba sebagai penambah rasa.

Terdapat juga masakan lain yang menggunakan halba sebagai bahan perasa tambahan seperti pulut panggang, dasi dagang dan ikan masak lemak kuning. Di serata dunia, daun dan bijinya digunakan secara meluas untuk pelbagai kegunaan termasuklah untuk tujuan perubatan.

.

kebaikan halba untuk wanitaBiji Halba yang digunakan dalam masakan

Halba ditanam di kawasan India dan Timur Tengah. Halba boleh dijadikan the dan di India kebiasannya dimasukkan ke dalam masakan kari. Bagaimakah rupa bentuk pokok halba ini ? Halba merupakan tumbuhan yang mempunyai daun berwarna hijau mudan dan berbunga kecil bewarna putih.

Tumbuhan h伪lba berketinggian 2 hingga 3 kaki sahaja dan mempunyai pod biji seperti kekacang. Dalam setiap pod biasanya mengandungi 15 hingga 20 biji h伪lba. Biji benih halba inilah yang kita panggil 鈥榟alba鈥檇i Malaysia. Jika dibekalkan dengan air, biji h伪lba ini akan bercambah. Biji h伪lba mempunyai aroma dan rasa yang harum sesuai untuk dijadikan bahan masakan.

Jika tergigit, rasa halba adalah sedikit pahit dan kepedasan. Di sesetengah tempat, ianya digunakan sebagai ubatan untuk kesihatan kulit.

.

Pokok biji halbaPokok Halba Yang Menhasilkan Pod Biji Halba

Berikut adalah khasiat dan kebaikan halba kepada manusia. Khasiat-khasiat ini telah diaamalkan oleh manusia sejak zaman berzaman lagi dan diperakui oleh sains moden. Jom kita lihat khasiat halba ini terutamanya untuk kaum wanita.

Anda Mungkin Meminati : Khasiat Pucuk Ulam Raja Untuk Awet Muda

.

Menambah Nilai Dalam Makanan #1 Kebaikan Biji Halba

Makanan yang dimasak bersama halba akan mengandungi khasiat dari sudut perubatan. Ianya mengandungi sebatian-sebatian kimia yang baik untuk tubuh badan manusia.

Antara sebatian utama ialah kelompok alkaloid yang berfungsi sebagai bahan yang boleh melancarkan kitaran haid wanita. Selain itu, terdapat kebaikan-kebaikan lain seperti yang berikut ini.

.

Menggalakkan Penghasilan Susu Ibu #2 Kebaikan Biji Halba

Pengambilan halba boleh meningkatkan kadar pengeluaran susu. Untuk ibu yang baru melahirkan anak, pengambilan halba boleh membantu dalam menyelesaikan masalah kekurangan susu.

Bagaimana cara untuk mengambil halba ini ? Yang pertama halba ini boleh dijadikan sebagai teh. Biji h伪lba yang direndam dalam air panas akan menjadikan teh halba yang bagus untuk ibu-ibu yang menyusu badan. Senang kan.

Cara yang kedua ialah dengan mengambil kapsul yang mengandungi ekstrak halba sebagai makanan tambahan. Kapsul-kapsul ini tersedia dijual dalam pasaran utuk memudahkan para ibu.

.

Mengurangkan Kesakitan Haid #3

Bagaimanakah pengambilan halba boleh mengurangkan kesakitan dan ketidakselesaan ketika haid ? Hal ini kerana, halba mengandungi sebatian kimia yang boleh menghalang tindakan reseptor deria sakit. Apabila reseptor yang mengesan kesakitan ini terganggu, maka wanita akan merasai kekurangan sakit ketika haid.

Selain itu, pengambilan halba juga boleh melancarkan pengeluaran darah haid daripada rahim wanita. Haid ialah darah yang gugur daripada dinding rahim apabila cukup masanya dalam kitaran sebulan.

Penanggalan tisu darah pada dinding rahim kadang-kadang menyebabkan kesakitan dan susah untuk tertanggal. Halba mempunyai khasiat untuk memudahkan proses pengeluaran darah haid untuk para wanita.

.

Mengurangkan Simptom Menopaus #4

Halba mempunyai sebatian kimia yang menyamai fungsi hormon wanita iaitu hormon estrogen. Hormon estrogen mempunyai fungsi dalam fungsi kewanitaan, kitaran haid dan fungsi organ pembiakan.

Apabila wanita menopaus, akan berlaku gangguan hormon dan ketidakstabilan hormon termasuklah estrogen. Dengan bantuan daripada sebatian kimia daripada halba, ianya dapat menstabilkan hormon dan mengurangkan simptom-simptom menopaus.

.

Mengurangkan dan Mengawal Diabetes #5

Diabetes adalah disebabkan oleh kandungan gula atau glukosa dalam darah. Pengambilan halba dalam diet akan memperlahan kadar pengambilan glukosa ke dalam salur darah sekaligus mengurangkan kadar kandungan gula dalam darah.

Apabila kandungan glukosa berkurangan dalam darah, ini dapat mengurangkan risiko penyakit sekunder hasil daripada diabetes.

kebaikan biji halba untuk diabetesBiji Halba Yang Bercambah Mengawal Tahap Kolesterol #6 Kebaikan Biji Halba

Kebaikan halba yang lain ialah ianya dapat membantu dalam mengurangkan kandungan Low Density Lipoprotein (LDL) dalam darah. LDL merupakan kelompok lemak yang berupaya melekat pada dinding laluan darah di dalam tubuh manusia.

Jika menebal dalam arteri yang kecil seperti di jantung dan di otak, ianya dapat menyebabkan penyakit merbahaya yang lain. Tahukan anda, LDL merupakan penyebab kepada penyakit kronik yang lain seperti jantung tersumbat, strok dan aterosklerosis.

.

Apakah Halba Campur ?

Halba campur ialah halba yang dicampurkan dengan beberapa rempah lain dan biasanya dijadikan sebagai bahan masakan. Dalam halba campur, terdapat juga biji h伪lba dan ianya dicampurkan mengikut nisbah yang tertentu.

Dia Malaysia, halba campur adalah campuran antara biji h伪lba, biji sawi dan jintan putih. Halba campur biasanya digunakan untuk memasak kari ikan supaya aromanya harum akibat campuran rempah-rempah tadi.

Adakah halba campur mempunyai khasiat seperti yang diatas? Asalkan ianya mempunyai h伪lba, ianya mempunyai kebaikan biji h伪lba seperti yang diceritakan di atas itu. Semoga bermanfaat.

masakan menggunakan halba campurHalba Campur

.

Anda Mungkin Meminati : Doa Belajar, Doa Sebelum Belajar dan Doa Penerang Hati Untuk Anak – Anak



【本文地址】


今日新闻


推荐新闻


CopyRight 2018-2019 办公设备维修网 版权所有 豫ICP备15022753号-3